Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, January 30, 2011

KepUlaNgaN tAk dISamBUt..ekk?

29.01.10

huhuhuhuhuhu...
sedihhhh...
balik2 umah je, xde org...
a.teh yg g jemput kat stesen bas lam kul 7 pg...
selalunya a.chik yg g amik...

dis weekend, a.chik alek umah d Bkt. Tanah..
akak lak alek umah mentua di P.Mas..
huhuhu...
sehari suntuk umah ni kos0ng..
sedih tauuuu...
yela.. biasa nye bising dgn gelagat ank2 buah...

petg tu, ajak a.teh g p.malam...
borim sgt kott...
pas Maghrib baru a.chik dan akak balik..
baru la terubat ckit rase sunyi nihh...hihii..

~ kembali senyum ~

* bg yg lom tau, aku dh xde mak & ayah..
   sebab tu aku xde sbut pom sal diorg
*aku duk kat umah d kelate ni bersama a.chik, a.teh dan akak aku.
  diorg nih dh b'keluarga..n, ade 'bhgn' umh msing2..

Ya Allah, kekalkan ukhuwah di antara kami adik-beradik.

Thursday, January 27, 2011

BersAMa2 oRang HebaT

                                                                                     

                                                    
Amir dan Sam

 nk cite pe yer kali nih?? ermm...
aku xda byk pengalaman,
tp tuk berkongsi tu..ade ler sikitt...
bile dberi tgungjwb, 
cube tuk wt sebaek mungkin..
klo xtau, tanye org yg tau..
jgn jd b0d0h somb0ng yer...
mujur kawan2 ni baek...





sem ni, pegang bbrpe tugas penting..
yg menarik, satu nih.
tugas yg lom bese ak pegg, jd ketua unit lam BPKHA..
haaaa... mcm mne nk handle??
tu bnde ptame yg ak pkir..
uuuuuu... wt je... xtau, leh tnye...


org2 hebat ini byk guide ak....
sape mereka?? jeng3x
Pn. Marini
Abang Ayoi @ BK.. hik2..
 spot the green watch.. ha2














Pn. Marini, A. Nan, Amir Batrisya, Dancy, Sam, Khalil,
 A.Ayoi, Kuntum, Bancha, Moris, n Sara ...
dan x lupe jgk wt adk2 junior yg bru bkejasama..
i gemuruh tauu.. 1st time b'depan ngn korg..
hihihi.. dgn muke x bsalah, i ngaku jew...
Abang Nan


                             

 bak kata abg Nan.. kat UPSI ni,
cube tuk kumpul 2 sijil utama..
 sijil AKADEMIK.. dan sijil PENGALAMAN
Insyaallah, dik akan pegang amanat tersebut...

xde praSaAn nk bAlik kg...

Uwaa... status kwan2 sume tulis nk blik.. 
x sabar nye nk jumpe die, jmpe kwn, jmpe mak ayah

aku??
layan perasaan jew...
bnde yg pling aku xleh nk wt ialah..
bersedih d depan famili...
huk3..

tabahkan hatimu wahai mashitahh...
hilang die, x bermakna ko hilg org lain jgk...
kami msih kwn.. msih adk n abg...

esemen !!!.. haa... jgn wt2 lupe lakkkkss...
ehek3... byk owh.. tp, dh ade yg disiapkan b4 alek mlm nih... 

ermm.. tp yg bes, kwn ex-matrix nk dtg umahh.. 
w0w!!.. dh lame x jumpe tauuu...
rinduuuuu... antara tulang belakang aku d KMPh dulu...
moge selamat sampi ye syg...





NaSihaT unTUk WaniTA

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).



2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa