Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, February 9, 2012

TEMPIAS KEHEBATAN MEREKA

Assalamualaikum, salam malam Jumaat.

Sedang asyik melayari fb, terjenguk status rakan mengenai MSK.

Apa MSK ? Minggu Suai Kenal..2 kali aku menjadi Sekretariat Minggu Suai Kenal.

Alhamdulillah, aku kenal ramai rakan yang sememangnya lebih hebat dan berbakat daripada aku.

Terima kasih Ya Allah, mengurniakan aku sahabat sebegini.

Semoga tempias kehebatan mereka terkena pada diri yang serba kekurangan ini.

Salam kerinduan.

Friday, February 3, 2012

Terima kasih!

Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat. Meskipun ia kian melabuhkan tirai.

Jumaat penuh barakah, berita baik mengiringinya.

Sekadar perkongsian, keputusan Semester 1 Sesi 2011/2012 telah keluar pada hari ini.

Alhamdulillah, keputusan yang lebih baik berbanding semester2 lalu.

Kejayaan itu milik Allah, sekadar pinjaman kepada kita.

Tidak segan untuk aku nyatakan bahawa inilah kali pertama aku mendapat 'senarai dekan'.

Terima kasih Allah! Terima kasih pensyarah! Terima kasih rakan2! Terima kasih keluargaku!

p/s: bakal menuntut 'dinner' di Kg. Nelayan

"sebab ni kali pertama dapat dekan, nanti kami belanja"~bicara kakak tercinta. Terima kasih!

Wednesday, February 1, 2012

BERTUAH

Salam hari Khamis buat semua.

Semalam, delegasi MPP UPSI telah selamat tiba di bumi TM dari KEMBOJA untuk misi kemanusiaan di sana. Membawa nama diri, keluarga, UPSI dan Malaysia bersama. Merujuk kepada status rakan2 yang mengikuti program ini, kita ternyata BERTUAH masih selesa menikmati sejuknya penghawa dingin, tidur di tilam empuk, makan di restoran mahal-mahal, beribadat di masjid yang cantik, dapat bantuan pendidikan yang berkualiti dan sebagainya lagi nikmat yang kita ada.  Adakah kita sudah cukup bersyukur?

 Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMU di bumi Kemboja itu. Damaikanlah hati mereka. Amin.

p/s: mata yang melihat mungkin lebih memahami

Salam sayang dari aku di tanah Borneo.

SIAPAKAH??

Selamat bersua kembali. Kerap menulis di laman ini tatkala memenuhi masa luang.
Tertarik dengan status fb seorang rakan, Kaswadi. 
Pesan ibu bapa di sabah kepada anaknya,"jangan kahwin sama orang semenanjung nanti susah mau balik sabah" begitu juga sebaliknya yang berlaku di semenanjung."Jangan kahwin sama orang Sabah nanti susah nak balik kampung."
Arwah mek pun ada juga bagitau macam tu, tapi, kakak aku ada bertemu jodoh dengan org KK. Semoga dipanjangkan jodoh mereka. Pokok pangkalnya, macamana sekalipun pendapat seseorang itu, masing-masing punya hak.

-Kalau sudah jodoh nak buat macam mana kan.
-SIAPAkah yang bakal bertandang di hatiku?
-Jodoh itu RAHSIA Allah. Bila tiba masanya, maka datanglah ia. 
-Semoga kita dikurniakan pasangan yang dapat membimbing kita untuk lebih dekat kepada-NYA.
p/s: MAA sudah menjadi tunangan orang. Tahniah! 

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa