Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, November 22, 2013

kita yang mana?

Mencari isteri yang solehah. oleh Ustaz Emran.

Ada seorang pendakwah ingin mencari isteri yang solehah lalu dia pun pergilah bertanyakan para ulama' akan ciri-cirinya. Setelah mengetahui ciri-ciri yang perlu dicari maka dia pun mulalah menjejaki calon isteri idamannya dalam masyarakat. 

Seorang demi seorang muslimah diteliti, namun masih belum ditemui calon yang dicari. Jika ada pada seseorang muslimah itu syarat-syarat yang ingin dicari maka akan ada pula padanya syarat-syarat yang perlu dijauhi. 

Penat lalu dia pun kembali kepada sang ulama guna mengadu masalah dan meminta fatwa.

Katanya kepada pak guru, "Saya telah berjalan dari kampung ke kampung, berjalan di bandar dari hujung ke hujung, penjuru demi penjuru kota namun seorang muslimah yang memenuhi syarat-syaratnya belumlah saya jumpa.

Tuan Syeikh pesan carilah isteri yang mempunyai 7 sifat;

1. Rajin membaca dan mempelajari al-Quran
2. Alim dan tahu tentang sunnah-sunnah nabi
3. Pandai memelihara maruah diri
4. Suka bersedekah
5. Tidak mengikut perasaan dan nafsu
6. Sopan dan berakhlak
7. Sabar diuji dan mampu hidup susah

Namun yang kutemui ialah gadis yang mempunyai 10 sifat;

1. Malas membaca al-Quran, suka membaca novel
2. Jahil sunnah Nabi
3. Tidak menjaga maruah bahkan menjualnya
4. Pemboros dan suka membeli belah
5. Suka mengikut emosi dan perasaan
6. Buruk akhlak dan perangai
7. Tidak tahan diuji dan tidak mahu hidup susah
8. Ghairah mempamerkan diri dan menayangkan kecantikannya
9. Sukar menerima teguran dan nasihat
10. Cepat putus asa dan mudah mengalah

Maka jawablah sang ulama tersebut dengan berkata, "Wahai anakku, engkau adalah seorang pendakwah. Apa yang engkau sepatutnya lakukan ialah membentuk dan membimbing para muslimah untuk menjadi seperti yang engkau idamkan. Mereka kaum muslimah adalah amanah kaum lelaki yang akan ditanyakan oleh Allah.

Nikahilah mana-mana muslimah baik seorang, dua, tiga atau empat yang paling beragama yang engkau jumpa, kemudian pandulah mereka menuju ke jalan Allah menurut kemampuanmu. "

Wednesday, November 20, 2013

DAMAI ENGKAU DI SANA

Dia insan terpilih
Mulia hatinya seindah wajahnya
Getar jiwanya bisa menggoncang bumi Turki
Dia insan terpilih
Pencetus wadah syahid 
Pada dunia yg smakin tua
Dia insan terpilih
Lakunya seluhur amalnya
Kerna cintanya pd Alquran
Dan dihatinya punya cinta agung pd Tuhan
Dia insan terpilih
Sungguh dia muda pd usia
Namun bekal amalnya
Sarat utk sampai ke jannah
Dia insan terpilih
Tekad azamnya menjangkit seluruh hati manusia yg impikan husnul khatimah
Dia telah bertemu Maha Pencipta
Mesej dakwahnya tetap sampai ke pelusuk jiwa
Tiada satu yg ttinggal
Sesungguhnya dia insan terpilih
Allah memilihnya dengan pengakhiran yang cukup istimewa...


credit to: فاطمة الزهراء

“Syahid yang tertangguh”.

AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM.

ADDMATHS

Terlihat status mantan cikgu di sekolah menengah dulu, esok adik2 SPM akan menduduki kertas Matematik Tambahan. Selamat berjaya.

Memori Tingkatan 4, pernah dapat markah paling rendah setakat berada di alam persekolahan. 35 markah untuk kertas ADDMATHS. 

Tingkatan 5, Cikgu Narizan bersungguh-sungguh bagi latihan. Hampir 2 fail tebal (warna koko) koleksi latihan. Hingga jam 2,3 pagi masih buat latihan ADDMATHS. Hujung minggu pun ada kelas tambahan. Petang Khamis minggu pelajar asrama tidak balik juga, pasti akan diadakan 'kelas tambahan' KHAS buat sekumpulan kami yang masih belum dapat A. Alhamdulillah, untuk percubaan mampu mendapat A2. Begitu jua dengan peperiksaan sebenar. Maaf Cikgu, itu sahaja tahap yang saya mampu. Setakat itu sahaja rezeki saya.

Selamat berjaya adik-adik.


Tuhan Lebih Saintifik

Tuhan Lebih Saintifik, satu novel yang mungkin agak berat jika dilihat pada tajuknya. Namun pembawaan jalan cerita yang sentiasa mencungkil perasaan ingin tahu akan babak seterusnya adalah sangat menarik. Novel ini membincangkan konsep ketuhanan dan ilmu sains. Perbahasan soal wujudkah tuhan dan hebatnya sains antara dua watak utama cerita ini menjadi tunjang penceritaan.

 Dr. Ahmad Zabidi yang memegang watak seorang yang sentiasa tenang dalam menghadapi pelbagai masalah dan soalan yang mencabar minda. Hadirnya seorang ilmuwan yang mampu merungkai perkaitan konsep ketuhanan dan ilmu sains di kampus mula mengubah sisi pandangan seorang Atheis.
“ Tahukah tuan, mempercayai tuhan ataupun satu kuasa yang hebat juga merupakan satu fitrah?” soal Dr. Ahmad Zabidi kepada Dr. Donald.

Dr. Donald merupakan seorang pensyarah berketurunan India yang sangat memperjuangkan fahamannya yang tidak percayakan tuhan.  Dia sangat yakin bahawa kepercayaannya adalah benar dan cuba sedaya upaya menyelitkan fahamannya semasa kuliah anatomi bersama pelajar perubatan. Antara pelajarnya yang sentiasa ‘terkena’ dengan soalannya yang memerangkap ialah Faiz. Faiz pernah ditanya apakah agama Islam menggalakkan lelaki untuk berpoligami? Dengan ilmu yang kurang di dada Faiz menjawab ,“Poligami itu sunnah nabi.  Setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dipanggil sunnah dan kita digalakkan untuk melaksanakannya”.  Dr. Donld menggunakan isu poligami ini untuk membidas soal keadilan dalam Islam keranan beranggapan poligami mendera perasaan wanita.

Dari sisi lain, Dr. Donald memaksa jiwanya untuk memerangi apa-apa bentuk penyembahan kepada sesuatu yangdianggap tuhan.

Ustaz Hanafi pula merupakan suatu watak yang sangat ‘mencabar’ perasaan pembaca akibat ketegasannya menolak sains secara total dan menganggap sains adalah dari Yahudi dan Kristian semata.  Namun akibat ketegasannya yang tidak bertempat dan agak melampau pada sesetengah hal, pelajar yang bermasalah berhadapan dengan soalan ‘menghentam’ dari Dr. Donald menjadi hilang arah dan sumber rujukan.  Ustaz Hanafi mula menunjukkan taringnya apabila cuba menghalang Dr. Ahmad Zabidi daripada mengadakan kuliah di surau kolej. Kononnya perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak atasan terlebih dahulu serta Dr. Ahmad Zabidi harus mempunyai tauliah untuk memberikan ceramah. Kita dapat lihat dengan jelas di sini, akibat cintakan pangkat dan glamour Ustza Hanafi sanggup menghalang orang berbuat kebaikan. Teringat akan kata-kata ilmuwan ‘Jika kita tidak mampu membuat kebaikan, jangan pula dihalang orang lain yang ingin membuat kebaikan’. Pihak yang benar selalunya akan dipermudahkan urusannya. Pihak atasan tidak keberatan untuk memberi keizinan kepada Dr. Ahmad Zabidi menyampaikan ceramah/kuliah Maghrib. Secara tidak langsung, ada juga sesi pengisian rohani untuk anak-anak penghuni kolej.
Perkara lain yang membuat kornea mata Ustaz Hanafi ingin tersembul keluar adalah apabila Dr. Ahmad Zabidi mengatakan dia mempunyai ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya selepas Ustaz Hanafi mempertikaikan kelayakannya berbicara soal agama. Ternyata dia bukan seorang yang biasa-biasa kerana dia juga mempunyai kepakaran dalam bidang bedah jantung.  Ustaz Hanafi malu sendiri kerana dia hanya mempunyai sijil di tahap diploma dan sijil tinggi agama.

Perbincangan yang hangat sentiasa menghiasi perjalanan cerita ini.
Hidayah milik Allah. Akhirnya, Dr. Donald mengucapkan kalimah mulia ‘Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah” di hadapan Ustaz Yusman di pejabat PERKIM. “Saya saudara anda”. Subhanallah.
Tahniah kepada Dr. Farhan Hadi kerana telah berjaya menghasilkan satu karya yang membawa konsep yang berbeza.

Terima kasih jua kepada sahabat yang berkongsi mengenai novel ini di laman FB.

Terima kasih Ya Allah yang masih meminjamkan usia pada diri ini.

<Harap maaf, kurang mahir untuk membuat ringkasan>



Sunday, November 10, 2013

Jiran Belakang Rumah




Bubur Asyura. 

Sejenis bubur yang diperbuat dari hasil gabungan pelbaagi jenis ramuan antaranya jagung, kekacang, gula, beras dan bawang serta beberapa jenis bahan lagi. 


Serba sedikit sejarah mengenai bubur asyura: sumber> Wikipedia.

"Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari). "


Mengenang sedikit coretan kisah gotong-royong membuat bubur asyura atau lebih dikenali sebagai 'sugha' dalam kalangan masyarakat Kelantan. 

Beberapa tahun dahulu, jiran di belakang rumah sering menjadi tuan rumah untuk menganjurkan gotong-royong mengacau sugha. Jiran-jiran terdekat akan mengumpulkan duit bagi membeli bahan-bahan yang diperlukan. Maka seawal pagi pada hari kejadian jiran-jiran bersama menyediakan bahan yang diperlukan. Namun kebiasaannya, daging dan isi ayam serta kekacang sudah direbus pada malam sebelumnya bagi menjimatkan masa penyediaan bahan pada pagi esoknya. Hal ini demikian kerana, proses mengacau sugha ini mengambil masa yang sangat lama. Pengalaman merasa sugha yang baru dimasak, SEDAP! (hati-hati, masih panas. Satu perkara penting sudah tentu ambe sangat merindui kelibat arwah bonda dan ayahanda semasa aktiviti ini berlangsung. Mek, Ayoh, adik rindu!!!

Al-fatihah juga buat Mek, Ayoh dan Kak Nah> jiran belakang rumah itu.


Perkongsian nota dari status sahabat UPSI: Saudara Khairi.

Selagi boleh sabar,
Sabarlah.

Selagi boleh tahan,
Tahanlah.


Selagi boleh diam,
Diamlah.

Kerana Allah tahu apa yang kita tengah rasa.

Saturday, November 9, 2013

ALHAMDULILLAH

091113 >dua hadiah 'kenangan' yang besar.
Untuk konvokesyen vs Sambutan Ulangtahun Kelahiran.

Terima kasih Ya Allah atas nikmat dan pinjaman usia serta kehadiran keluarga tercinta.
Terima kasih jua atas kejutan sambutan ulangtahun kami berdua.
Auntie Adik dan Auntie Men. 
151090 vs 051178. 

Salam sayang untuk Keluarga Mama & Bapak serta kekanda.








Ceritera malam ini:

Mama juga sempat bertanya samada hati sudah berpunya atau belum. ERKK... hanya mampu senyum. <belum ada calon ma> Mohon doa dari semua. 'Posting' belum ada khabar berita, harap bersabar untuk ke arah membina 'Baitul Muslim'. Walaupun pekerjaan tetap bukan rukun nikah tetapi untuk perancangan kehidupan selepas lafaz akad itu banyak perkara harus difikirkan. Jika jodoh datang menjemput, tiada siapa yang mampu menolaknya namun percayalah bahawa maut itu sentiasa lebih merapati kita saat demi saat.

ambil dari FB senior =)


Jodoh kita bukan orang yang kita jumpa di tepi jalan terus berkenan. Bukan. Jodoh kita ialah pasangan hidup kita selepas ijab dan kabul.

oleh: 
KalauDahJodoh. AstroOasis. UstazKazimElias.


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur 28)



Friday, November 8, 2013

SIAPA KITA KETIKA ITU??

Assalamualaikum, Salam Jumaat penuh berkat. 

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang untuk menikmati makan malam bersama kekanda sempat meluangkan masa untuk sesi luahan perasaan mengenai masalah pelajar dan remaja seangkatan dengannya. Sesi perkongsian pada kali ini lebih tertumpu kepada skop pelajar yang pernah dijumpai dan pernah berkongsi cerita mengenai hala tuju mereka selepas SPM dan juga melalui pemerhatian sendiri. 


"Cikgu, bagaimana keputusan UPSR, PMR dan SPM cikgu?"


"Cikgu, macam mana nak sambung pengajaran selepas ini?"


"Cikgu, senang tak mahu jadi cikgu?"


"Saya nak kerja, tak nak sambung belajar. Kerja di kedai makan pun OK".


"Saya suka pada dia".


Walaupun bukan bergelar seorang kaunselor, seorang guru biasa juga perlu bertindak untuk menjadi seorang motivator kepada golongan pelajar. Jangan sesekali merendahkan masalah mereka atau mentertawakan mereka. Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka. Guru perlu membimbing pemikiran pelajar agar mereka lebih jelas dengan perjalanan hidup mereka pada masa akan datang. Selagi mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mereka perlu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Tidak dinafikan orang yang tidak berpendidikan juga boleh berjaya asalkan mereka mempunyai daya usaha dan berani membangunkan diri dalam sesuatu bidang. Rezeki kita memang telah tertulis namun sudah dipesan banyak kali bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha. Pada hari ini, orang yang mempunyai ijazah, sarjana mahupun diploma juga masih ramai yang terlibat dengan masalah pengangguran inikan pula bagi golongan yang kurang berjaya dalam pendidikan. Suka diingatkan sekali lagi bahawa gunakan masa yang ada untuk cuba menyambung pelajaran ke arah yang lebih tinggi. Jika anda kurang berminat untuk belajar sesuatu yang lebih kepada teori, rajinkan diri untuk mengintai peluang dalam bidang kemahiran seperti menjahit, membaiki mesin, membaiki kereta dan juga seni kulinari. Sekurang-kurangnya anda akan mempunyai suatu 'pengiktirafan' dalam sesuatu bidang dan kelayakan itu boleh digunakan untuk meningkatkan kepercayaan dan pandangan orang sekeliling pada kita. Paling tidak kita masih boleh menyumbang pada masyarakat dengan kemahiran yang kita ada. Bukan senang untuk menjadi orang yang senang.


Selain itu,  'emak ayah saya mampu tanggung saya, ulat dalam batu pun boleh hidup' dan pelbagai lagi stigma yang menghinggapi pemikiran remaja pada hari ini ternyata bakal menjerumuskan mereka ke lembah kejatuhan dan kemiskinan. Soal mampu atau tidak bukanlah idea utama di sini tetapi bagaimana dengan kualiti kehidupan yang akan anda hadiahkan untuk diri sendiri atau generasi awak yang akan datang? Kehidupan zaman sekarang yang menekan dan mendesak juga menjadi indikator bahawa taraf hidup semakin tinggi dan bagaimana mereka ingin meneruskan hidup hanya dengan menjadi pembantu di warung makan, pekerja di stor dan tukang cuci? Niat di sini bukan mahu menghina apa-apa jenis pekerjaan tetapi mahu mereka berfikir dan cuba untuk mengubah nasib diri dan keluarga agar mereka tidak merana di kemudian hari. Jika semua jadi cikgu, siapa nak kutip sampah? -soalan yang yang biasa dibidas balik untuk mempertahankan hujah mereka. Duhai adikku sayang, perjalanan anda masih jauh. Jangan hanya berfikir untuk mampu bertahan sehari dua sahaja tetapi luaskan perancangan untuk sekurang-kurangya lima tahun akan datang, SIAPA KITA KETIKA ITU?? 


Sewaktu berada di universiti atau di sekolah menengah dahulu, pemikiran atau sudut pandang ambe tidaklah seluas dan sejauh ini tetapi apabila sudah berada di dunia persekolahan nyata ambe mula bimbang. Bimbang dengan generasi yang sedia ada dan generasi akan datang. 


Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dapat membaiki kelemahan diri masing-masing dan menambah baik kualiti hidup. Jadi orang yang lebih berguna dan berfungsi. Jangan hanya jadi 'BANGAU' yang suka beralasan. 




Lengkapkan diri dengan ilmu agama. Cintailah Al-Quran. Banyakkan membaca bahan bermanfaat. 

Tuesday, November 5, 2013

HATI




Kita ni,
bila hati cepat resah gelisah,
cepat rasa sempit dan mudah terasa,
cepat sangat rasa nak marah,
mungkin kerana kita jauh daripada Allah.

Periksa amalan kita.
Muhasabah hati.

Marilah kita bersama-sama berfikir dan bermuhasabah.
Mencuci dosa-dosa kita.
Memperbetulkan segala kesilapan kita.  (Untuk Kita Pendosa)




Kembali kepada Al-Quran.
Dengan mengingati Allah, hati pasti akan lebih tenang.
Istighfar, moga diampunkan dosa kita semua.

Senyum =)

Hidup ini indah, maka dari itu bersyukurlah.

Salam sejahtera ke atas hamba Allah. Tanggal 6 November 2013 bersamaan hari Rabu adik-adik Tingkatan 5 di segenap sekolah menengah memulakan perjuangan dalam SPM. Didoakan yang terbaik untuk anda semua. 

"Hidup ini indah, maka dari itu bersyukurlah".

Terpandang status hasil tulisan seorang senior di ruangan dinding laman Facebooknya. Terfikir sebentar akan nikmat kurniaan Allah sepanjang hidup. Kenangan pahit dan manis bersama ahli keluarga, sahabat, rakan sekerja dan anak murid menjengah. Betapa beruntungnya masih dipinjamkan nafas untuk terus menjadi orang Muslim. Cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik dan mencapai gaya hidup yang lebih sempurna. Perjalanan sebagai hamba Allah sebenarnya sangat istimewa dan terlalu menarik sebenarnya jika semua benda dilihat dari sudut pandang yang positif dan kita sentiasa mengambil ibrah atas setiap kejadian yang berlaku di sekeliling. Manusia sentiasa mudah melafazkan kata syukur di bibir namun sejauhmana hati mengakui dan fizikal mengaplikasikannya? Tanya diri masing-masing. Berapa kali sehari kita mengeluh atas ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara?    Senyum =)

Ambe bukan seorang yang sempurna dan berilmu tinggi, hanya biasa-biasa namun sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menitipkan doa untuk saudara seakidah kita di Palestin yang mula mengalami musim sejuk dan diramalkan bekalan makanan dan ubatan yang ada sekarang hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja lagi. (info-TV Al-Hijrah). Bagi yang berkemampuan dari segi harta bolehlah menderma ke agensi-agensi yang bertanggungjawab mengutip derma dan menyalurkan bantuan melalui mekanisme yang sah. 

Berarah kepada berita dunia luar yang lain iaitu mengenai perbicaraan Dr. Mursi, semoga kemenangan berpihak kepada pemimpin yang hidup dengan mengamalkan Islam. Hancurkan yang bathil. 

"Ramai yang nak mati dalam Islam, tapi tak ramai yang nak hidup cara Islam.Peringatan buat diriku yang selalu lalai"

PRK UPSI bakal menjelma!!!
Tunggu~~

YangKacauBilau

Subhanallah, cantik alam ciptaan Allah.  KK, Sabah. 

Salam Maal Hijrah buat semua yang beragama Islam. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Agak lama tidak menulis di ruang ini atas keterbatasan waktu dan tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah masih dipinjamkan waktu untuk terus berjalan menumpang bumi tuhan yang agung ini.

Banyak perkara penting yang berlaku sejak  kebelakangan ini. Segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat ini. Mana lagi nikmat Tuhan yang engkau mahu dustakan?

Pengalaman sepanjang menjadii guru ganti yang akan tamat kontraknya tanggal 15 November sangat meninggalkan kesan dalam diri. Menjadi 'guru' untuk mendidik bukanlah suatu kerja yang mudah. Melihat gelagat anak muda iaitu adik-adik pelajar sekolah pada masa kini teramat mengundang keresahan. Bagaimana dari segi kehadiran mereka, pakaian mereka, lagak berjalan, cara percakapan, Astaghfirullah. Ampunkan kami Ya Allah, dugaan dan amanah yang amat berat untuk kami pikul. Dari satu aspek, kami perlu menghabiskan silibus akademik untuk bekalan duniawi dan santapan minda mereka, manakala dari satu sudut lagi, didikan akhlak dan santunan sahsiah serta suntikan ilmu agama ke dalam jiwa mereka juga tanggungjawab minor (mungkin major) kami. Semua guru harus memainkan peranan untuk menasihati dan membimbing mereka. Tugas ini tidak hanya terhad kepada golongan ustaz dan ustazah semata. Cara untuk menegir tidak semestinya harus se'formal' sesi rundingan nasihat di bilik kaunseling. Sewaktu mengajar boleh diselitkan ayat-ayat motivasi, berkongsi pengalaman guru dan guru menjadi rakan pendengar yang baik kepada pelajar. Bukan senang dan tidak mudah untuk memanusiakan manusia. Terima kasih kepada kedua orang tuaku dan adik-beradik serta guru-guruku kerana atas izin Allah jua, ambe menjadi seorang manusia pada hari ini.

Bagaimana kehidupan mereka di luar sekolah jika di dalam sekolah pun mereka kurang menghormati guru dan hanya takut kepada guru disiplin semata. 'Kurang ajar' budak yang beragama berbeza dengan 'kurang ajar' budak yang beragama. Mereka masih tahu batas-batas yang harus dijaga. Semoga para guru pada hari ini dan akan datang dikurniakan kemudahan lisan, hati yang tenang untuk menjalankan tanggungjawab ini.

Intipati yang ingin diluahkan di sini adalah kepentingan didikan agama dalam diri anak-anak. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan seratus peratus tanggungjawab mendidik anak mereka di atas bahu para guru. Pendidikan anak-anak bermula sejak alam rahim lagi. Perbanyakkan amalan membaca al-Quran dan zikir. Bacalah ilmu yang baik. Berboraklah dengan janin anda. Pastikan cara pemakanan adalah sihat baik dari segi cara memasaknya dan sumebr halal haram sesuatu makan itu sebelum disuapkan kepada anak sewaktu dia sedang membesar. Selain itu, bagaimana sikap kita terhadap ibu bapa kita pada hari ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap bagaimana sikap anak-anak kita nanti terhadap kita. Hormatlah orang jika mahu orang menghormati kita. Ibu bapa juga harus menunjukkan sikap dan teladan yang baik di depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh atau menunjukkan 'hubungan kemesraan' melampau di depan anak. Ada adab yang perlu dijaga berlandaskan agama demi menjaga keharmonian dan kerahsiaan hubungan yang mulia itu. Jagalah solat. Banyak kes pergolakan rumahtangga dan kerosakan sahsiah ahli rumah pada hari ini berpunca dari SOLAT YANG TIDAK TERJAGA. Asas sebagai muslim kurang kukuh, bagaimana mahu menjadikan RUMAH yang BERTANGGA itu berdiri megah. Ingatan Nabi Muhammad s.a.w sebelum baginda wafat juga mengingatkan agar umatnya menjaga solat.


Berbalik kepada pengalaman sebagai guru ganti, ada juga murid yang mengaku belum pandai solat. Hanya sempat membantu dengan memberi buku bacaan solat, cara mandi wajib, cara berwuduk dan hanya doa yang mampu dititipkan agar dia dipermudahkan untuk kembali kepada fitrah.

Sebagai bakal guru dan ibu mungkin, banyak perkara yang harus dipelajari sebagai bekalan untuk menjadi guru dan ibu yang baik agar dapat melahirkan pejuang agama yang baik. Doakan =)

p/s:

-Doakan jua agar urusan temuduga dan penempatan dipermudahkan.

-Jadilah orang yang mampu membuat orang ingin berubah bukan membuat orang rasa bersalah.

-Teringat pesan seorang sahabat yang dihormati, jangan letak benda yang tak kekal di hati, jika tidak hati senang nak kecewa. Hanya Allah yang kekal.


Sekian, 'posting' yang kacau-bilau dari ambe yang hina. 



Tuesday, August 13, 2013

13.9.13

Terima kasih kerana telah mengesahkan ketidakhadiran ke Istiadat Konvokesyen kali ke-15 Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Paparan yang keluar setelah ambe mengesahkan ketidakhadiran ke konvokesyen yang bakal berlangsung dari 10-13 September nanti.

Sesi 7
7.30 pagi
13 September 2013
AT48


Allahurobbi, susah untuk membuat keputusan, moga ini keputusan yang terbaik.
Setelah ditimbang tara antara keluarga, sahabat dan kakitangan universiti yang tersayang tiada apa yang mampu mengubah keputusan. Mohon tiada hati yang terluka kerana ambe tahu banyak hati yang perlu dipuaskan dan dijaga sebaik mungkin.


Kehadiran ambe tidaklah begitu penting, semoga berbahagia sahabatku di hari KEMENANGAN itu nanti!

2 bulan

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabat sekalian.

Alhamdulillah tanggal 16 Jun yang lalu ambe berangkat pulang ke tanah kelahiran Kelantan tercinta usai menyerahkan tugasan projek akhir tahun ke tangan penyelia. Maka telah tamatlah status sebagai pelajar IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (MATEMATIK) DENGAN PENDIDIKAN dari baru ambe namun tugas sebagai seorang hamba Allah masih seperti biasa.

19 Jun berangkat ke Sabah untuk meluangkan masa bersama kekanda-kekanda di sana.

13-21 Julai berada di Belawai (Sibu Sarawak) meluangkan Ramadan di tanah Sarawak.

19 Julai menerima lamaran dari kekanda untuk menjadi guru ganti di sekolahnya, SMK Bandaraya Kota Kinabalu Sabah.

22 Julai mula mendaftar di sekolah dan menyelesaikan urusan surat-menyurat dengan PPDKK.

24 Julai mula mendapat jadual dan masuk kelas.


-beberapa pengalaman (setakat 2 minggu)

*belajar bahasa tempatan agar tidak dipandang rendah oleh mereka
*murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
*guru harus peka terhadap keadaan murid di dalam kelas


jadilah guru yang penyayang bukan guru yang garang

jadilah guru yang dihormati bukan yang ditakuti semata

17 Ogos bakal pulang kembali ke KK,komitmen perlu diteruskan, ada generasi yang perlu dididik, ada adik yang perlu dibantu, ada anak yang perlu diberi perhatian.

SEMAKIN MENCINTAI BIDANG INI!

TERIMA KASIH UNTUK MANTAN GURU-GURUKU!

ini catatan hidup selama 2 bulan ini.

Tuesday, March 19, 2013

SEMESTER 8

Salam ukhuwah kepada rakan-rakan. Terpanggil untuk kembali menulis di ruang ini hasil pembacaan tulisan rakan-rakan.

Lama tidak menulis akibat kekangan waktu dan kesempatan.

Sekarang berada di minggu kelima SEMESTER 8, semester terakhir.

Alhamdulillah, masih dipinjamkan umur untuk meneruskan pencarian ilmu di semester ini.

Salam rindu buat keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan.

Salam perkenalan buat rakan serumah, 6-2-8 KUO BARU.

Terima kasih juga buat kawan-kawan yang banyak membimbing aku untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH. Kagum melihat 'mereka' yang melangkah ke masjid KSAS untuk berjemaah. Bangga masih ramai anak muda cintakan ISLAM.

Musim PRU kelihatan sudah tidak lama lagi bakal menjelma. Allah, permudahkanlah urusan mengundi, alhamdulillah sudah layak!!!

PAS FOR ALL ~~SAYANG KEPIMPINAN ULAMA~~


~aku yang masih bertatih untuk belajar ilmu agama~
tegurlah kesilapan aku, bimbinglah aku.

p/s: tugasan sedang menunggu untuk disiapkan.

Assalamualaikum w.b.t

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa