Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 31, 2012

:PILIHLAH:

Assalamualaikum.

Tadi ada tengok berita, pasal daftar sebagai pemilih.
Anda sudah mendaftar? 
Saya belum berkesempatan,  walaupun sudah berusia 21 tahun 3 bulan 17 hari.
Insyaallah , akan pergi mendaftar bila pulang ke Kelantan 12 hb nanti. Moga dipermudahkan ya!
Sama2 mendaftar, jalankan tugas kita sebagai pengundi!
PILIHLAH yang sebaiknya~

Selamat semuanya!


Monday, January 30, 2012

CYCLONE CREW

Assalamualaikum.

Cuti semester ini aku mengundurkan diri dari segala aktiviti kampus. Sengaja untuk meluangkan masa dengan keluarga. Namun, tidak sabar untuk kembali ke Tanjong Malim, rindu bau tanah itu!!

Tahun baru ini, dimulakan dengan program MTB di bawah kelolaan Pusat Sukan. Beberapa hari menjadi "tetamu tetap" di Gimnasium untuk gerak kerja. Penat, tapi puas bekerja dengan rakan2 yang begitu 'sporting' dan 'sempoi'. Sampai pukul 4.30 pg, sampai tak tido, pengalaman yang mengajar kita!

Bersama mereka aku terus mengenali dunia pengurusan dan dunia kepimpinan. Moga aku terus diberi peluang untuk belajar dengan mereka.  Aku terus memantapkan pengalaman dalam bidang protokol berbekalkan ilmu yang diajar oleh Puan Marini.

CYCLONE CREW, datangku bukan sengaja, sekadar menjadi pengganti, namun rezeki tidak terduga, aku terus kekal bersama kalian. Rindu!




game silat

lukisan di dinding bilik persegaran


* baru berkesempatan berkongsi rasa mengenai mereka... kerana semester lepas yang amat sibuk.

a:c:h:i:k

Assalamualaikum ..
Selamat hari Selasa =)

Beberapa hari yang lalu ada menghubungi Abang Chik kat Kelantan, minta tolong belikan tiket bas ke Tanjong Malim. Sedang aku masih setia di bumi Sabah. Tiket ke Semenanjung belum beli lagi.. Aduhai..

Pagi tadi dia ada telefon, "Chik dah beli dah, tapi 18 hb pagi. ". Terima kasih.

* Abg Chik abg ketiga aku. Mungkin yang paling rapat dengan aku. Sebab dia yang selalu ada kat rumah. Pernah cakap sorang2, kalo nak cari suami, aku nak macam yang Abg Chik. Kenapa? Ada la beberapa benda yang aku kagum dan suka dengan sikap dia. APA? Tak tahu bagaimana nak jelaskan. Biarlah hati ini yang menilai. Terima kasih sebab banyak jaga adik selama ni. Moga Allah merahmati kekanda!

21 Mac 2004

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa