Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 4, 2011

U:K:H:U:W:A:H:I:T:U:I:N:D:A:H

Assalamualaikum. Salam Ramadhan buat sahabat sekalian.

Mood menulis kembali lagi.
Sekarang berada di bumi Sandakan.
Bakal menghabiskan waktu 3 minggu di sini.
Meluangkan masa bersama kekanda tercinta.

Di sini ingin kucatatkan perjalanan beberapa minggu kebelakangan ini.

14.7.2011
~ kembali ke bumi Tanjung Malim untuk bersama keluarga Briged BPKA
~ bermula gerak kerja untuk Majlis Perasmian Muzium Pendidikan Nasional
~Mummy Marini, Kak Ima, Kak Ikin, Kak Saja, E.Nizam, Abg Nan, Abg Amet, Che Mat, Amir, Ajeez, K.Fiza, K.Yan, K.Nadia dan Zali ~inilah bilangan anggota kami yang bertugas kali ini

19.7.2011
~Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan baik.. kerjasama yang mantap dari kalian amat dihargai!

20.7.2011
~tumpukan kepada Istiadat Konvokesyen pula! Penat~~ tapi puas!! banyak benda yang aku belajar

sepanjang Konvo
~Tagging oh tagging
~konvo kali ni special sebab Abg Nan, Abg Amet dan beberapa senior Briged turut konvo
~hubungan sesama kami makin rapat
~adik Khalil, Ann, adik Sam, Raymond dan adik Isma turut sama untuk tugas kali ini.. suke kalian!

29.7.2011
~Abg Nan konvo.. sorakan ketika dia melangkah di pentas dan kami berdiri tanda meraikan ~ pasti takkan dilupakan
~bergambar kenang2an dengan famili Briged.

30.7.2011
~Abg Amet punya giliran lak yg konvo... air mata gugur lagi saat perpisahan berlaku
~ucapan ringkas tapi amat bermakna abg....
~bersalam dengan Mummy Marini buat kali terakhir... tahan air mata di depan dia..

31.7.2011
~beransur meninggalkan bumi Tanjung Malim meneruskan perjalanan ke KL..sebelum pergi ke Sandakan..
~memori indah bersama pasti akan dibawa ke mana-mana..

"UKHUWAH ITU INDAH"

"PERSAHABATAN ITU PUNYA MAKNA YANG MENDALAM BAGI MEREKA YANG MENGHARGAINYA"



inilah kami BRIGED BPKA...
hari bersejarah Abg Nan

kami insan HEBAT!!




mereka yang aku sayang

Mummy dan Abg Nan.. sebakk



cantik kan warna baju kami??? hihihi

Sunday, June 19, 2011

Latihan Industri di PPD KB

Melapor diri pada 16 Mei 2011.. di pagi Isnin.. ditemani Nieda ...teman sekuliah.. terima kasih sahabat.. macam2 perasaan saat melangkah masuk ke pejabat... bermacam benda yang difikirkan.. itulah pengalaman hari pertama di bumi PPDKB..

Setelah sebulan lebih berlalu, semua berjalan dengan baik. Banyak pengalaman yang dapat dituai disini, Insyaallah akan dipraktikkan sebaik mungkin dalam segenap ruang kehidupan kelak. Terima kasih kepada semua yang sudi memberi tunjuk ajar disini.

Tanggal 1 Jun 2011, ada 3 orang 'adik-beradik-dari UiTM Arau turut melapor diri. Mereka dari Program Sains Sukan. Alhamdulillah, boleh 'masuk geng'.. hihi.. ohh.. x lupa juga, aku juga punya 'adik-beradik' dari UKM dan UIA Kampus Kuantan.

Encik Zamri, Papa kami (aku dan Nieda), En. Hafez big br0 kami.. umur 26 tahun... peg.kontrak kat sini. Kak Nik dah macam mak sendiri dah.. Kak Norli, awet muda je.. 41 tahun.. Kak Elly.. akak bahagian stok.. Kak Ta, Wan Nan, En. Hadi, Kak Nin, Kak Nah, Hj. Ezani, Hj. Sudin, Hj. Amanah dan Abe Yeim [Keluarga Pentadbiran] dan ramai lagi staf PPD.

Nanti aku sambung lagi yer..

Tulus ikhlas, aku sangat menyayangi mereka semua. Terima kasih ALLAH kerana memberi aku peluang untuk menikmati saat-saat indah bersama mereka.

Monday, April 25, 2011



BRIGED BPKA..keluargaku sayang..
aku selesa bersama mereka.. Mummy, Amir, A.Ayoi, Moris, Kuntum, Dancy, Sam, Khalil, A.Bancha dan Sarra . Diam x diam, dah satu semester kita bekerjasama di bawah kepimpinan baru.. 
setakat ni dah banyak lawatan sekolah yang saya kendalikan.. (dengan bantuan rakan2 MT dan Exco serta adik2 BRIGED).. terima kasih. saya x mampu nak handle sorang2.. esok pun, akan ada lawatan sekolah, dari Terengganu.. moga segala urusan dipermudahkan..
Semoga perancangan kita untuk berkumpul pada petang Jumaat nanti akan terlaksana.. lama uuuu kita akan berpisah... jumpa bulan 7 pula.. tuk konvo dan perasmian BSB..
sayang saya x pernah berubah tuk anda semua..
Ya Allah, rahmatilah hubungan kami semua.

Wednesday, March 23, 2011

ISLAMIC BEST CAMP

Program: Islamic Best Camp
Tempat: Cameron Highlands
Tarikh: 19 & 20 Mac 2011
Anjuran: Rakan Surau Al-Falah

Perjalanan kali ke-2 ke Tanah Rata, Bumi Cameron Highlands.. Datang membawa misi yang berbeza.



Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk bersama-sama sahabat RS dalam program ini. Walaupun aku tidak lagi bergelar RS pada tahun ini, namun ukhuwah yang pernah terjalin, masih utuh hingga ke saat ini. 

Terima kasih kepada kenalan baru yang sedia menerima aku seadanya. Di sini, aku kenal Ati, Shida, Zur, Busra, Linda, A.wan, Amin, Nik Shafiq, Fay-Sa, A.Yusoff, berbual dengan lebih rapat dengan YB Zahar dan Mad Senyum. hihi... 

~kaum muslimin~



tepuk-tepuk sayang
Suasana dingin di malam hari... yang tidak mungkin aku lupakan.. waaaa....



Walaupun aku tidak turut mendaki ke Gunung Berembun, namun semangatku sentiasa mengiringi kalian. Menikmati kebesaran Allah di puncak gunung, menyaksikan keagungan ciptaan-Nya. 
SUBHANALLAH...


~cantik~
  
~air umpama masa~


~usaha seperti siput~









~hidup ini umpama satu perjalanan~
~rendah diri seperti lalang~

















Perjalanan pulang~beria-ia mahu membeli strawberi segar..tapi tak dapat.. tempat yang kami singgah tu, takde... akhirnya, hanya strawberi awet dan key-chain strawberi je yang mampu dibeli. 

~Pulang dengan semangat baru~



~ciptaan agung~

Sunday, February 27, 2011

kUciNg 0h KuCinG

Kucing!! anda suka kucing?? geli?? takut?? trauma?? 
ha....macam2 reaksi bukan?? 


Jom kenali makhluk Allah yang bergelar kucing~~Kucing  dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar AfrikaFelis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.


Bagaimana pula pendapat mengenai kucing dalam Islam??

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Kembali menyambung cerita aku..

Alkisahnya aku menyebut pasal kucing malam ni sebab kucing yang ada kat umah sewa aku ni, dah beranak!! dapat 5 ekor anak.. suka aku tengok.. betapa besar kasih ibunya kepada anak2 nya.. teringat pula akan kes buang bayi..aduhai manusia.. lebih hina daripada binatang yer kamu2 itu.. Moga dikurniakan hidayah...

moral di sini: sayangilah kucing2.. hihi

Saturday, February 26, 2011

jAri-JemAri keMbali MenAri

hampir seminggu lebih tidak menulis. rindu dengan blog ini. hehe. minggu lepas agak sibuk yer. PRK!! benda paling penting. huhu.. saya minat politik. teramat!! tapi belum cukup ilmu untuk menerjah ke lembah itu. haha. kalau ada rezeki, adalah nanti yer. menyentuh soal PRK, kabinet MPP sesi 2011 telah dibentuk. aku sokong apa sahaja keputusan, asalkan kalian boleh perjuangkan hak mahasiswa! ingat wahai sahabat2.. AMANAH itu bakal disoal di 'sana' nanti. cuba lakukan yang terbaik. haaa..lagi satu, ingat dan sama2 lah kita amalkan 'Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya'. aku sentiasa memegang kata2 ini. kenapa? walaupun aku sekarang berada di atas, tapi aku pernah berada di bawah. aku pernah merasa kedua2 kedudukan. bagaimana perasaannya. oleh itu, aku cuba sedaya mungkin untuk menjaga hubungan dengan rakan2. kerana merekalah sumber kekuatan aku di bumi UPSI ini!! hujung minggu pula dihiasi dengan test ODE. Alhamdulillah, dah berlalu. sekarang kembali fokus untuk test STAT pula. Insyaallah, mohon dipermudahkan urusan. rasanya, setakat ini dulu perkongsian. hihi..

Sedikit kata-kata motivasi malam ini untuk perkongsian:


"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. 

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Friday, February 18, 2011

LAWATAN SEKOLAH

~SMK DOKTOR BURHANUDIN, TAIPING~

~bersama Jannah or Rohaya ekk?? lupee~


di Tasik Proton

Terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 6 dan 4 orang guru pengiring. Mereka tiba di UPSI, dalam pukul 10.40 pagi. Mereka dibawa melawat sekitar Perpustakaan Tuanku Bainun. Mula-mulanya, aku kurang serasi dengan mereka. Namun, semasa aktiviti LDK di Makmal Kauseling, bersama Saudara Khudree, kami mula berasakan 'chemistry' tersebut. Beberapa aktiviti dilakukan seperti ikat 3 kali agar jadi sama panjang, model, bunyi haiwan dan nyanyian. Semoga adik2 mendapat sedikit input daripada aktiviti tersebut. Then, mereka dibawa melawat bangunan BITARASISWA. Singgah sebentar di Auditorium untuk bergambar dan selepas itu kami bertolak ke Medan Selera untuk lunch. Selepas makan, kami solat di Masjid Jamek. Usai solat, hujan mula membasahi bumi Tg. Malim. Kami bertolak ke Proton City untuk menunjukkan kampus baru, kuliah di Kilang Proton dan bersiar-siar sebentar di Tasik Embayu. Penat~~tapi seronok.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada geng BRIGED BPKHA yang mantap! Sesungguhnya, ia satu pengalaman manis. Wahai adik2ku, perjalanan anda masih jauh. Teruskan sedaya mungkin. Jangan sesekali berputus asa. Akak doakan yang terbaik! Kalau panjang umur, kita bertemu lagi.....

~adik2 yang sporting~

Wednesday, February 16, 2011

MamPu!!!

Esok 17/2/2011 Khamis

BRIGED BPKHA akan menerima lawatan dari SMK Doktor Burhanudin, Taiping, seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Semoga segala rancangan berjalan dengan baik. Nampak macam senang, tapi ini satu AMANAH. Wahai kawan2 yang terlibat, sama2 lah kita laksanakan amanah ALLAH ini dengan baik. Kita MAMPU!!! 

Kelas Teknologi esok, kemungkinan besar kena buat pembentangan. Persediaan belum cukup. Minggu yang memenatkan. Semua orang punya masa 24 jam, terserah kepada cara anda menguruskannya. Ya Allah, bimbinglah hamba-Mu ini. 

Okay lah..nak sambung buat assignment lak.. ASSALAMUALAIKUM..


Monday, February 14, 2011

hARi KeKasiH

YA RASULULLAH...

Selasa 15/2/2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah

Ulangtahun kelahiran Baginda..banyakkan berselawat ke atas Nabi...

Ingin saya kongsikan beberapa kelebihan berselawat. Antaranya :


  • dimakbulkan doanya & hampir dengan Rasulullah
  • diampunkan dosa & mendapat keberkatan dalam kehidupan
  • mendapat syafaat Rasulullah
  • terhindar daripada kefakiran dan sifat bakhil
  • dipermudahkan segala urusan
  • menerima ucapan salam (balas) dari Baginda
  • ditetapkan kai ketika menyeberangi Siratul Mustaqim
  • dicatatkan sepuluh kebaikan (pahala) untuknya
wahh.. banyak sungguh kelebihannya,
ape lagi?? jangan lupa perbanyakkan selawat...
~~SELAMAT BERAMAL~~

TanAh RatA~hari ke-2

haaa.. kembali ke edisi kedua pjalanan di Tanah Rata.

13/2/2011
b4 o9, masak roti telur...
hik2.. makan bersama air teh..
Alhamdulillah..kenyang.. then kembali bermuka buku..
mata dh mula ngantuk pada 8.30 pagi...
then kembali membaringkan diri di atas katil
ngah syok2 baring, puan ajak kuar makan..
memandangkan ramai yg lom bangun
kami b'4 keluar..
pekena nasi lemak dan air milo panas..
errkkk.. kenyang..
pas makan, singgah sebentar di pasar pagi
membeli mee dan bahan2 tuk m'goreng..

sesampai kat umah, serbu umah dak laki.. kejut diowg..
mak aihh..bangun!!
prepare tuk masak..aku juz sediakan bahan
bg chance kat abg Bancha memasak..
nyum3... 

selesai sarapan, then meeting kembali.
byk bnde yg dibincangkan
sesi pkenalan jgk dibuat..
kami kenal dgn lebih mendalam lagi..
baru ku tau, Sam2 ank tunggal, 
aku, amir dan kun2 sama zodiak,
byk pengalaman dik0ngsi...
semoga keserasian kita bertambah lagi..
anda semua merupakan org2 yg hebat!!

habis meeting, kami mula berkemas...
haaa... bergambo sakan maaa.....
then, mulakan pjalanan pulang..

tup2..otw tuh, kereta puan berasap..

ade masalah teknikal sikit..
kebetulan kete rosak dekat ngan cactus farm..
so, kami singgah sebentar kat situ..

oyeahhhh!!! bergambo lagi haaa...

pastu, kami ke pekan Brinchang, tuk memb0rong STRAWBERI.. nyum2
murah3.... 3 paket RM10.. berbaloi2...
so, aku beli lah RM10.. tuk kekawan kat Tg. Malim..
then, kwn kami, stu keta pegi cari bantal strawberi..
aku, Amir dan Moris menunggu dalam kete..mula bercerita sal famili..
macam2 kisah yer...


kami meneruskan pjalanan ke Bharat Teahouse..
ade ladang teh kat sini...
mereka bgmb0 kat ladang teh,
tapi aku x turun.. gayat makkkk..uwaaa


setelah sakan posing d ctu, kami bergerak ke Temoh..
melalui jalan Tapah..makkk... jalan dia...
simpang-siur kot... naseb baik x mudah alah..
kalo x, mau muntahhh....
kejap hujan, kejap panas...
kesian Amir.. btw, tq a lot dear..

singgah sebentar di Temoh, rumah mak angkat Amir..
atau dia lebih mesra dipanggil 'Mak'..
aku belajar makan sesuatu yg baru...
'Pecal' namanya.. bende ni femes la kat Selangor..
sedap jugak.. lain kali kene blaja dgn Mak..
Mak..peramah orangnya...
terima kasih!!

satu bende nak cite lagi...
suasana kat umah Mak ni, ade ladang kelapa sawit..
ape lagi.. DSLR meneruskan tugasnye..

hihihi.... mcm2 pose yer...
yg penting, berkain pelekat dan berkain batik...
suke sangat...

dalam pukul 7.20 ptg, kami bergerak ke Tg.Malim,
masing2 kembali ke kolej dan umh sewa..

sem0ga kenangan ini diabadikan..
dan juga BRIGED BPKHA terus mantap!!



berlatar belakangkan ladang teh



sayang kalian. TERIMA KASIH~~



Saturday, February 12, 2011

~KediNgiNan TaNah RatA~

12 Febuari 2011

geng MT BRIGED BPKHA memulakan perjalanan..
geng yang naik kereta sekali ialah, Amir, Kuntum, Moris dan Dancy
kami bertolak agak lewat sebab kelas tamat pada jam 1 petang
1.45 petang mula bertolak dari pekan Tg.malim.
singgah sebentar membeli bekalan makanan tuk sepanjang perjalanan
macam2 gelagat kawan2 aku nih
pelbagai cerita dikongsi
selepas penat bercakap, masing2 mula terlentok...
kecuali driver..haa...jgn tdo pulakk en.driver nih...Amir Batrisya..
dalam pukul 3 lebih, singgah solat di R&R..kat mne? lupe la..
fuhh,..pas solat..segar kembali..

then, kami meneruskan kembali pjalanan..
bbrapa jam lagi...
menuju ke Tanah Rata..
hujan menyambut kedatangan kami
wahh.. kereta kami sempat bermandikan air teh ais..(air lumpur)..
si Kuntum lak..asyik menyakat si Amir ..
meminta agar wat drift...
haa...sesuai la sangat yerr... 
wat keje giler kat jalan yg simpang siur tuhh..

menikmati suasana kabus membuatkan hati kagum
di dalam hati, tidak henti2 memuji kebesaran-Nya
bersyukur kerana diberi peluang menikmati ciptaan Allah
betapa kerdilnya kita sebagai makhluk
Terima kasih Ya Tuhan..
pemandangan taman strawberi dan bunga2an
serta puncak bukit yang dilindungi kabus
sungguh cantik..

sesampai di tempat penginapan, sejurus solat Asar
dan sesi fotografi di depan rumah
kami bertolak ke pekan.
ade pasar malama.
waaaa..rambang mata makkkk
macam2 sourvernier yang ade
so, terbeli lah key-chain, magnet dan lolipop
strawberi?? nanti dulu..petang nih masih ade
insyaAllah..akan ade peluang tuk sesi memborong yg kedua

balik daripada pasar malam,
setelah menyegarkan diri, 
maka meeting tugasan diteruskan
bincang dan mengedit hala tuju unit KHIDMAT MASYARAKAT..
di bawah badan BRIGED BPKHA..
then, soal sesi jawab sal logo yang baru direka oleh Kuntum..
terbaeekk la br0...
tahniah..syukur di atas kurniaan bakat itu.

dinner ape yer??
nasi goreng yang dibuat khas oleh sdra Bancha
nyum2..sedap...(p/s: leh mtak resipi??)
hihi..makan bersama sotong dan ayam percik..
diiringi secawan teh buatan Pak Man @ Khalil.. hihihi

mataku mula kuyu pada jam 1.30 pagi..
penat kott... pjalanan yg mencabar kott..nceb baek x mudah pening..
so, mula lah perjalanan dalam mimpi lakk..
jam 6.30 pagi, bgn mandi..mak aiii..sejukkk..
pas smyg, mgaji, wt srapan..
then buka laptop..
sambil menunggu yang lain bangkit..
maka, ter'update'lah blog ini...
sekian dahulu tuk sesi nih..
ikuti edisi seterusnya.. haha

(p/s: gambar2 akan di 'upload' x lama lagi..tunggu)

Friday, February 11, 2011

di sUatU maLaM

~~kepenatan~~

~brainstorming~

aku x mahir merancang
tapi aku mencuba...
membawa satu amanat...
semoga dipermudahkan segala urusan

hidup BPKHA..
semangat2!!
~senyum selagi mampu~

Thursday, February 10, 2011

PinJamKan aKu KekUaTan

jari-jemari kembali menari di sini...

Minggu yg amat memenatkan..
pinjamkan aku sedikit kekuatan..

minggu ni jgk sibuk dgn
 urusan pemilihan bidang pengkhususan 
dan elektif.. Fakulti mjdai destinasi..
esemen LP dan Techno masih menemaniku di sisi..
td, ade kuiz Techno.. esok hntar..

Hala tuju BRIGED??
uwaaa... tuk unit aku, KHIDMAT MASYARAKAT..
insyaAllah, ptg sok nk jumpe bbrp AJK aku tuk brainstorming..
aku dh x mmpu nk pikir sume..

Sabtu: KRS pulak.. nk bincang soal kem.. 
sbg S/U, kne maen byk peranan.
selepas habis kelas, akan bertolak ke C.H..
semoga dipermudahkan segala urusan...



Sunday, February 6, 2011

~~mAcaM2~~

kembali menulis..
setelah beberapa hari menyepi..
esok, 7.2.11 bermula kembali sesi kuliah
setelah seminggu bercuti..

macam mane persediaan??
haaa... tugasan dah siap?
ada yang dah siap dan
ada yang masih dalam proses..

beberapa program di bawah BPKHA
bakal dilaksanakan,
semoga dipermudahkan segala urusan..


8.2.11 (Selasa, petang)
Insyaallah akan bertolak ke KL
untuk majlis makan malam bersama
Tun Dr. Mahathir sempena
 majlis ulangtahun PERKIM yang ke-51.
wahh... satu pengalaman yang baru yer..
terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat...

Tuesday, February 1, 2011

pUdinG oh pUdiNg

~puding triffle~

cube resipi baru.. haaaa..dh lama teringin nk wt..
ari ni, tercapai jua hasrat itu.. terima kasih ALLAH..
aku wat dgn spupu aku.. hik2..sama2 minat masak..
ni, pinjam kamera n hp die tuk snap pictures.. tq Along.
jom belajar wat puding trifle yang senang dan mudah di pelajari...
kalo anda berminat laa...

huhuhu,,,
bahan-bahannya adalah..
1)kek gulung (perisa pandan best)
2) jeli ( jenama NONA)
3)susu cair
4)3 sudu tepung kastrad
5) buah2 dalam tin




cara2nya..mula2 kita potong kek tadi..then aturkan ke dalam bekas..biar kek tu jadi asas tok puding kita..


kek tu kena la direnjis2 dan dibasahkan dengan air buah2 dari dalm tin tu tadi yer~
kemudian..kita masak susu + 3 sudu tepung kastard..masak sehingga nampak pekat..
kemudian kita taruk wat lapisan kat atas kek  tadi..






pas kite wat lapisan tu..kite kena la letak buah2..ctohnyer buah rambutan niey..hik3..bia nampak comel skit...kemudian kita masak jeli tadi..panaskan air 450ml dan masukkan jeli tadi,kacau sehingga masak dan tuangkan ke atas lapisan kastard tadi..






last sekali..kite hiaskanlah puding kite yang comel tu mengikut citarasa kita..hehhehehe..jum menghias..






wah..da ciap napaknyer..hehehe,,
,selamat mencuba yer kawan2..
muah3..selamat malam~

*buat byk bekas, sbb tu la, gmbr tu blainan.. hi2

*terima kasih kpd Along tuk gambar2 


Sunday, January 30, 2011

KepUlaNgaN tAk dISamBUt..ekk?

29.01.10

huhuhuhuhuhu...
sedihhhh...
balik2 umah je, xde org...
a.teh yg g jemput kat stesen bas lam kul 7 pg...
selalunya a.chik yg g amik...

dis weekend, a.chik alek umah d Bkt. Tanah..
akak lak alek umah mentua di P.Mas..
huhuhu...
sehari suntuk umah ni kos0ng..
sedih tauuuu...
yela.. biasa nye bising dgn gelagat ank2 buah...

petg tu, ajak a.teh g p.malam...
borim sgt kott...
pas Maghrib baru a.chik dan akak balik..
baru la terubat ckit rase sunyi nihh...hihii..

~ kembali senyum ~

* bg yg lom tau, aku dh xde mak & ayah..
   sebab tu aku xde sbut pom sal diorg
*aku duk kat umah d kelate ni bersama a.chik, a.teh dan akak aku.
  diorg nih dh b'keluarga..n, ade 'bhgn' umh msing2..

Ya Allah, kekalkan ukhuwah di antara kami adik-beradik.

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa