Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, July 10, 2014

LANGKAH BARU SUDAH BERMULA

1 Julai 2014

Bismillahhirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki berkhidmat di SMK Tebong, Melaka.

Cabaran itu ada di mana-mana. Doakan ambe terus maju melangkah menjadi penyampai ilmu yang baik.

Sunday, January 19, 2014

Adat mencari rezeki harus bermusafir =)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah atas pinjaman usia oleh Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk menghuni bumi Allah.
Terima kasih jua kepada-Nya atas kurniaan rezeki menyambung kontrak guru ganti yang akan tamat entah bila. Mohon doa dari sahabat lain agar ambe dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik kali ini.

Negeri di Bawah Bayu, selamat bertemu kembali.
Meninggalkan tanah Kelantan sekali lagi.
Adat mencari rezeki harus bermusafir.
Rindu.


Friday, November 22, 2013

kita yang mana?

Mencari isteri yang solehah. oleh Ustaz Emran.

Ada seorang pendakwah ingin mencari isteri yang solehah lalu dia pun pergilah bertanyakan para ulama' akan ciri-cirinya. Setelah mengetahui ciri-ciri yang perlu dicari maka dia pun mulalah menjejaki calon isteri idamannya dalam masyarakat. 

Seorang demi seorang muslimah diteliti, namun masih belum ditemui calon yang dicari. Jika ada pada seseorang muslimah itu syarat-syarat yang ingin dicari maka akan ada pula padanya syarat-syarat yang perlu dijauhi. 

Penat lalu dia pun kembali kepada sang ulama guna mengadu masalah dan meminta fatwa.

Katanya kepada pak guru, "Saya telah berjalan dari kampung ke kampung, berjalan di bandar dari hujung ke hujung, penjuru demi penjuru kota namun seorang muslimah yang memenuhi syarat-syaratnya belumlah saya jumpa.

Tuan Syeikh pesan carilah isteri yang mempunyai 7 sifat;

1. Rajin membaca dan mempelajari al-Quran
2. Alim dan tahu tentang sunnah-sunnah nabi
3. Pandai memelihara maruah diri
4. Suka bersedekah
5. Tidak mengikut perasaan dan nafsu
6. Sopan dan berakhlak
7. Sabar diuji dan mampu hidup susah

Namun yang kutemui ialah gadis yang mempunyai 10 sifat;

1. Malas membaca al-Quran, suka membaca novel
2. Jahil sunnah Nabi
3. Tidak menjaga maruah bahkan menjualnya
4. Pemboros dan suka membeli belah
5. Suka mengikut emosi dan perasaan
6. Buruk akhlak dan perangai
7. Tidak tahan diuji dan tidak mahu hidup susah
8. Ghairah mempamerkan diri dan menayangkan kecantikannya
9. Sukar menerima teguran dan nasihat
10. Cepat putus asa dan mudah mengalah

Maka jawablah sang ulama tersebut dengan berkata, "Wahai anakku, engkau adalah seorang pendakwah. Apa yang engkau sepatutnya lakukan ialah membentuk dan membimbing para muslimah untuk menjadi seperti yang engkau idamkan. Mereka kaum muslimah adalah amanah kaum lelaki yang akan ditanyakan oleh Allah.

Nikahilah mana-mana muslimah baik seorang, dua, tiga atau empat yang paling beragama yang engkau jumpa, kemudian pandulah mereka menuju ke jalan Allah menurut kemampuanmu. "

Wednesday, November 20, 2013

DAMAI ENGKAU DI SANA

Dia insan terpilih
Mulia hatinya seindah wajahnya
Getar jiwanya bisa menggoncang bumi Turki
Dia insan terpilih
Pencetus wadah syahid 
Pada dunia yg smakin tua
Dia insan terpilih
Lakunya seluhur amalnya
Kerna cintanya pd Alquran
Dan dihatinya punya cinta agung pd Tuhan
Dia insan terpilih
Sungguh dia muda pd usia
Namun bekal amalnya
Sarat utk sampai ke jannah
Dia insan terpilih
Tekad azamnya menjangkit seluruh hati manusia yg impikan husnul khatimah
Dia telah bertemu Maha Pencipta
Mesej dakwahnya tetap sampai ke pelusuk jiwa
Tiada satu yg ttinggal
Sesungguhnya dia insan terpilih
Allah memilihnya dengan pengakhiran yang cukup istimewa...


credit to: فاطمة الزهراء

“Syahid yang tertangguh”.

AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM.

ADDMATHS

Terlihat status mantan cikgu di sekolah menengah dulu, esok adik2 SPM akan menduduki kertas Matematik Tambahan. Selamat berjaya.

Memori Tingkatan 4, pernah dapat markah paling rendah setakat berada di alam persekolahan. 35 markah untuk kertas ADDMATHS. 

Tingkatan 5, Cikgu Narizan bersungguh-sungguh bagi latihan. Hampir 2 fail tebal (warna koko) koleksi latihan. Hingga jam 2,3 pagi masih buat latihan ADDMATHS. Hujung minggu pun ada kelas tambahan. Petang Khamis minggu pelajar asrama tidak balik juga, pasti akan diadakan 'kelas tambahan' KHAS buat sekumpulan kami yang masih belum dapat A. Alhamdulillah, untuk percubaan mampu mendapat A2. Begitu jua dengan peperiksaan sebenar. Maaf Cikgu, itu sahaja tahap yang saya mampu. Setakat itu sahaja rezeki saya.

Selamat berjaya adik-adik.


Tuhan Lebih Saintifik

Tuhan Lebih Saintifik, satu novel yang mungkin agak berat jika dilihat pada tajuknya. Namun pembawaan jalan cerita yang sentiasa mencungkil perasaan ingin tahu akan babak seterusnya adalah sangat menarik. Novel ini membincangkan konsep ketuhanan dan ilmu sains. Perbahasan soal wujudkah tuhan dan hebatnya sains antara dua watak utama cerita ini menjadi tunjang penceritaan.

 Dr. Ahmad Zabidi yang memegang watak seorang yang sentiasa tenang dalam menghadapi pelbagai masalah dan soalan yang mencabar minda. Hadirnya seorang ilmuwan yang mampu merungkai perkaitan konsep ketuhanan dan ilmu sains di kampus mula mengubah sisi pandangan seorang Atheis.
“ Tahukah tuan, mempercayai tuhan ataupun satu kuasa yang hebat juga merupakan satu fitrah?” soal Dr. Ahmad Zabidi kepada Dr. Donald.

Dr. Donald merupakan seorang pensyarah berketurunan India yang sangat memperjuangkan fahamannya yang tidak percayakan tuhan.  Dia sangat yakin bahawa kepercayaannya adalah benar dan cuba sedaya upaya menyelitkan fahamannya semasa kuliah anatomi bersama pelajar perubatan. Antara pelajarnya yang sentiasa ‘terkena’ dengan soalannya yang memerangkap ialah Faiz. Faiz pernah ditanya apakah agama Islam menggalakkan lelaki untuk berpoligami? Dengan ilmu yang kurang di dada Faiz menjawab ,“Poligami itu sunnah nabi.  Setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dipanggil sunnah dan kita digalakkan untuk melaksanakannya”.  Dr. Donld menggunakan isu poligami ini untuk membidas soal keadilan dalam Islam keranan beranggapan poligami mendera perasaan wanita.

Dari sisi lain, Dr. Donald memaksa jiwanya untuk memerangi apa-apa bentuk penyembahan kepada sesuatu yangdianggap tuhan.

Ustaz Hanafi pula merupakan suatu watak yang sangat ‘mencabar’ perasaan pembaca akibat ketegasannya menolak sains secara total dan menganggap sains adalah dari Yahudi dan Kristian semata.  Namun akibat ketegasannya yang tidak bertempat dan agak melampau pada sesetengah hal, pelajar yang bermasalah berhadapan dengan soalan ‘menghentam’ dari Dr. Donald menjadi hilang arah dan sumber rujukan.  Ustaz Hanafi mula menunjukkan taringnya apabila cuba menghalang Dr. Ahmad Zabidi daripada mengadakan kuliah di surau kolej. Kononnya perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak atasan terlebih dahulu serta Dr. Ahmad Zabidi harus mempunyai tauliah untuk memberikan ceramah. Kita dapat lihat dengan jelas di sini, akibat cintakan pangkat dan glamour Ustza Hanafi sanggup menghalang orang berbuat kebaikan. Teringat akan kata-kata ilmuwan ‘Jika kita tidak mampu membuat kebaikan, jangan pula dihalang orang lain yang ingin membuat kebaikan’. Pihak yang benar selalunya akan dipermudahkan urusannya. Pihak atasan tidak keberatan untuk memberi keizinan kepada Dr. Ahmad Zabidi menyampaikan ceramah/kuliah Maghrib. Secara tidak langsung, ada juga sesi pengisian rohani untuk anak-anak penghuni kolej.
Perkara lain yang membuat kornea mata Ustaz Hanafi ingin tersembul keluar adalah apabila Dr. Ahmad Zabidi mengatakan dia mempunyai ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya selepas Ustaz Hanafi mempertikaikan kelayakannya berbicara soal agama. Ternyata dia bukan seorang yang biasa-biasa kerana dia juga mempunyai kepakaran dalam bidang bedah jantung.  Ustaz Hanafi malu sendiri kerana dia hanya mempunyai sijil di tahap diploma dan sijil tinggi agama.

Perbincangan yang hangat sentiasa menghiasi perjalanan cerita ini.
Hidayah milik Allah. Akhirnya, Dr. Donald mengucapkan kalimah mulia ‘Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah” di hadapan Ustaz Yusman di pejabat PERKIM. “Saya saudara anda”. Subhanallah.
Tahniah kepada Dr. Farhan Hadi kerana telah berjaya menghasilkan satu karya yang membawa konsep yang berbeza.

Terima kasih jua kepada sahabat yang berkongsi mengenai novel ini di laman FB.

Terima kasih Ya Allah yang masih meminjamkan usia pada diri ini.

<Harap maaf, kurang mahir untuk membuat ringkasan>



Sunday, November 10, 2013

Jiran Belakang Rumah




Bubur Asyura. 

Sejenis bubur yang diperbuat dari hasil gabungan pelbaagi jenis ramuan antaranya jagung, kekacang, gula, beras dan bawang serta beberapa jenis bahan lagi. 


Serba sedikit sejarah mengenai bubur asyura: sumber> Wikipedia.

"Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari). "


Mengenang sedikit coretan kisah gotong-royong membuat bubur asyura atau lebih dikenali sebagai 'sugha' dalam kalangan masyarakat Kelantan. 

Beberapa tahun dahulu, jiran di belakang rumah sering menjadi tuan rumah untuk menganjurkan gotong-royong mengacau sugha. Jiran-jiran terdekat akan mengumpulkan duit bagi membeli bahan-bahan yang diperlukan. Maka seawal pagi pada hari kejadian jiran-jiran bersama menyediakan bahan yang diperlukan. Namun kebiasaannya, daging dan isi ayam serta kekacang sudah direbus pada malam sebelumnya bagi menjimatkan masa penyediaan bahan pada pagi esoknya. Hal ini demikian kerana, proses mengacau sugha ini mengambil masa yang sangat lama. Pengalaman merasa sugha yang baru dimasak, SEDAP! (hati-hati, masih panas. Satu perkara penting sudah tentu ambe sangat merindui kelibat arwah bonda dan ayahanda semasa aktiviti ini berlangsung. Mek, Ayoh, adik rindu!!!

Al-fatihah juga buat Mek, Ayoh dan Kak Nah> jiran belakang rumah itu.


Perkongsian nota dari status sahabat UPSI: Saudara Khairi.

Selagi boleh sabar,
Sabarlah.

Selagi boleh tahan,
Tahanlah.


Selagi boleh diam,
Diamlah.

Kerana Allah tahu apa yang kita tengah rasa.

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa