Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, November 20, 2013

Tuhan Lebih Saintifik

Tuhan Lebih Saintifik, satu novel yang mungkin agak berat jika dilihat pada tajuknya. Namun pembawaan jalan cerita yang sentiasa mencungkil perasaan ingin tahu akan babak seterusnya adalah sangat menarik. Novel ini membincangkan konsep ketuhanan dan ilmu sains. Perbahasan soal wujudkah tuhan dan hebatnya sains antara dua watak utama cerita ini menjadi tunjang penceritaan.

 Dr. Ahmad Zabidi yang memegang watak seorang yang sentiasa tenang dalam menghadapi pelbagai masalah dan soalan yang mencabar minda. Hadirnya seorang ilmuwan yang mampu merungkai perkaitan konsep ketuhanan dan ilmu sains di kampus mula mengubah sisi pandangan seorang Atheis.
“ Tahukah tuan, mempercayai tuhan ataupun satu kuasa yang hebat juga merupakan satu fitrah?” soal Dr. Ahmad Zabidi kepada Dr. Donald.

Dr. Donald merupakan seorang pensyarah berketurunan India yang sangat memperjuangkan fahamannya yang tidak percayakan tuhan.  Dia sangat yakin bahawa kepercayaannya adalah benar dan cuba sedaya upaya menyelitkan fahamannya semasa kuliah anatomi bersama pelajar perubatan. Antara pelajarnya yang sentiasa ‘terkena’ dengan soalannya yang memerangkap ialah Faiz. Faiz pernah ditanya apakah agama Islam menggalakkan lelaki untuk berpoligami? Dengan ilmu yang kurang di dada Faiz menjawab ,“Poligami itu sunnah nabi.  Setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dipanggil sunnah dan kita digalakkan untuk melaksanakannya”.  Dr. Donld menggunakan isu poligami ini untuk membidas soal keadilan dalam Islam keranan beranggapan poligami mendera perasaan wanita.

Dari sisi lain, Dr. Donald memaksa jiwanya untuk memerangi apa-apa bentuk penyembahan kepada sesuatu yangdianggap tuhan.

Ustaz Hanafi pula merupakan suatu watak yang sangat ‘mencabar’ perasaan pembaca akibat ketegasannya menolak sains secara total dan menganggap sains adalah dari Yahudi dan Kristian semata.  Namun akibat ketegasannya yang tidak bertempat dan agak melampau pada sesetengah hal, pelajar yang bermasalah berhadapan dengan soalan ‘menghentam’ dari Dr. Donald menjadi hilang arah dan sumber rujukan.  Ustaz Hanafi mula menunjukkan taringnya apabila cuba menghalang Dr. Ahmad Zabidi daripada mengadakan kuliah di surau kolej. Kononnya perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak atasan terlebih dahulu serta Dr. Ahmad Zabidi harus mempunyai tauliah untuk memberikan ceramah. Kita dapat lihat dengan jelas di sini, akibat cintakan pangkat dan glamour Ustza Hanafi sanggup menghalang orang berbuat kebaikan. Teringat akan kata-kata ilmuwan ‘Jika kita tidak mampu membuat kebaikan, jangan pula dihalang orang lain yang ingin membuat kebaikan’. Pihak yang benar selalunya akan dipermudahkan urusannya. Pihak atasan tidak keberatan untuk memberi keizinan kepada Dr. Ahmad Zabidi menyampaikan ceramah/kuliah Maghrib. Secara tidak langsung, ada juga sesi pengisian rohani untuk anak-anak penghuni kolej.
Perkara lain yang membuat kornea mata Ustaz Hanafi ingin tersembul keluar adalah apabila Dr. Ahmad Zabidi mengatakan dia mempunyai ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya selepas Ustaz Hanafi mempertikaikan kelayakannya berbicara soal agama. Ternyata dia bukan seorang yang biasa-biasa kerana dia juga mempunyai kepakaran dalam bidang bedah jantung.  Ustaz Hanafi malu sendiri kerana dia hanya mempunyai sijil di tahap diploma dan sijil tinggi agama.

Perbincangan yang hangat sentiasa menghiasi perjalanan cerita ini.
Hidayah milik Allah. Akhirnya, Dr. Donald mengucapkan kalimah mulia ‘Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah” di hadapan Ustaz Yusman di pejabat PERKIM. “Saya saudara anda”. Subhanallah.
Tahniah kepada Dr. Farhan Hadi kerana telah berjaya menghasilkan satu karya yang membawa konsep yang berbeza.

Terima kasih jua kepada sahabat yang berkongsi mengenai novel ini di laman FB.

Terima kasih Ya Allah yang masih meminjamkan usia pada diri ini.

<Harap maaf, kurang mahir untuk membuat ringkasan>



No comments:

Post a Comment

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa