Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, February 18, 2011

LAWATAN SEKOLAH

~SMK DOKTOR BURHANUDIN, TAIPING~

~bersama Jannah or Rohaya ekk?? lupee~


di Tasik Proton

Terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 6 dan 4 orang guru pengiring. Mereka tiba di UPSI, dalam pukul 10.40 pagi. Mereka dibawa melawat sekitar Perpustakaan Tuanku Bainun. Mula-mulanya, aku kurang serasi dengan mereka. Namun, semasa aktiviti LDK di Makmal Kauseling, bersama Saudara Khudree, kami mula berasakan 'chemistry' tersebut. Beberapa aktiviti dilakukan seperti ikat 3 kali agar jadi sama panjang, model, bunyi haiwan dan nyanyian. Semoga adik2 mendapat sedikit input daripada aktiviti tersebut. Then, mereka dibawa melawat bangunan BITARASISWA. Singgah sebentar di Auditorium untuk bergambar dan selepas itu kami bertolak ke Medan Selera untuk lunch. Selepas makan, kami solat di Masjid Jamek. Usai solat, hujan mula membasahi bumi Tg. Malim. Kami bertolak ke Proton City untuk menunjukkan kampus baru, kuliah di Kilang Proton dan bersiar-siar sebentar di Tasik Embayu. Penat~~tapi seronok.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada geng BRIGED BPKHA yang mantap! Sesungguhnya, ia satu pengalaman manis. Wahai adik2ku, perjalanan anda masih jauh. Teruskan sedaya mungkin. Jangan sesekali berputus asa. Akak doakan yang terbaik! Kalau panjang umur, kita bertemu lagi.....

~adik2 yang sporting~

No comments:

Post a Comment

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa