Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, November 10, 2013

Jiran Belakang Rumah




Bubur Asyura. 

Sejenis bubur yang diperbuat dari hasil gabungan pelbaagi jenis ramuan antaranya jagung, kekacang, gula, beras dan bawang serta beberapa jenis bahan lagi. 


Serba sedikit sejarah mengenai bubur asyura: sumber> Wikipedia.

"Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari). "


Mengenang sedikit coretan kisah gotong-royong membuat bubur asyura atau lebih dikenali sebagai 'sugha' dalam kalangan masyarakat Kelantan. 

Beberapa tahun dahulu, jiran di belakang rumah sering menjadi tuan rumah untuk menganjurkan gotong-royong mengacau sugha. Jiran-jiran terdekat akan mengumpulkan duit bagi membeli bahan-bahan yang diperlukan. Maka seawal pagi pada hari kejadian jiran-jiran bersama menyediakan bahan yang diperlukan. Namun kebiasaannya, daging dan isi ayam serta kekacang sudah direbus pada malam sebelumnya bagi menjimatkan masa penyediaan bahan pada pagi esoknya. Hal ini demikian kerana, proses mengacau sugha ini mengambil masa yang sangat lama. Pengalaman merasa sugha yang baru dimasak, SEDAP! (hati-hati, masih panas. Satu perkara penting sudah tentu ambe sangat merindui kelibat arwah bonda dan ayahanda semasa aktiviti ini berlangsung. Mek, Ayoh, adik rindu!!!

Al-fatihah juga buat Mek, Ayoh dan Kak Nah> jiran belakang rumah itu.


Perkongsian nota dari status sahabat UPSI: Saudara Khairi.

Selagi boleh sabar,
Sabarlah.

Selagi boleh tahan,
Tahanlah.


Selagi boleh diam,
Diamlah.

Kerana Allah tahu apa yang kita tengah rasa.

No comments:

Post a Comment

UnivErSiti TerCinTa

UnivErSiti  TerCinTa